Hidup seperti apa saya pun tidak tahu, mahu didescribekan dengan lebih terperinci kepada semua penduduk bumi, tapi saya sendiri tidak tahu bagaimana, maaflah. Tapi kadangkala kita lupa dan terlalu banyak memberi alasan. Terlalu banyak alasan sehinggakan saya rasa tidak cukup kalau diberi satu helai kertas, tidak cukup. Tidak cukup untuk menulis segala alasan alasan yang mahu dimuntahkan dalam hati. Padahal sudah terang lagi bersuluh semua yang berlaku adalah silap diri sendiri.
Sudah jelas final exam lagi tinggal dua hari, tapi masih lagi berkesempatan untuk berhibur di disko, berfoya foya menari sehingga lupa dunia.
"hek eleh, nak buat exam tak bagi gap langsung. mana ada masa nak study brooo." kadangkala bila benda ni berlaku, kita sering menuding jari pada orang lain. Fenomena biasa manusia.
Artikel ditulis bukan untuk siapa siapa. Muhasabah untuk diri sendiri.
0 whoopee:
Post a Comment