resah sampai tidak terasa oleh tapak kaki betapa kuatnya bumi bergoncang, betapa lajunya bukit bakau berpusing. tidak, tidak terasa semuanya. tidak tahu bagaimana mahu mengungkapkan apa yang ada di dalam hati. tuhan, tolong tunjukkan jalan terbaik untuk ku. tentang semua hal yang aku ragui.
selamat tinggal
Bulan ini mungkin akan menjadi bulan oktober yang paling hati nanti nanti kan dan mungkin juga ini adalah bulan dimana tangan kepunyaan hati akan melambai lambai, berusaha untuk kata pergi kau oktober pergi pergi. Mungkin seperti orang yang tidak berapa waras. Walaubagaimana cepat atau lambat ia datang, ia tetap akan tiba juga. Seperti dikau ditelan mati emak, diluah mati bapak. Jangan harap mesin masa wujud, jangan harap masa ini akan jadi ahli sihir yang paling dasyat, jika terjadi maka jelas itu adalah mimpi di siang hari.
Posted by Noona at 10/04/2011 0 whoopee
perasan biar biasa biasa saja.
Hidup seperti apa saya pun tidak tahu, mahu didescribekan dengan lebih terperinci kepada semua penduduk bumi, tapi saya sendiri tidak tahu bagaimana, maaflah. Tapi kadangkala kita lupa dan terlalu banyak memberi alasan. Terlalu banyak alasan sehinggakan saya rasa tidak cukup kalau diberi satu helai kertas, tidak cukup. Tidak cukup untuk menulis segala alasan alasan yang mahu dimuntahkan dalam hati. Padahal sudah terang lagi bersuluh semua yang berlaku adalah silap diri sendiri.
Posted by Noona at 10/01/2011 0 whoopee