resah sampai tidak terasa oleh tapak kaki betapa kuatnya bumi bergoncang, betapa lajunya bukit bakau berpusing. tidak, tidak terasa semuanya. tidak tahu bagaimana mahu mengungkapkan apa yang ada di dalam hati. tuhan, tolong tunjukkan jalan terbaik untuk ku. tentang semua hal yang aku ragui.

selamat tinggal

Bulan ini mungkin akan menjadi bulan oktober yang paling hati nanti nanti kan dan mungkin juga ini adalah bulan dimana tangan kepunyaan hati akan melambai lambai, berusaha untuk kata pergi kau oktober pergi pergi. Mungkin seperti orang yang tidak berapa waras. Walaubagaimana cepat atau lambat ia datang, ia tetap akan tiba juga. Seperti dikau ditelan mati emak, diluah mati bapak. Jangan harap mesin masa wujud, jangan harap masa ini akan jadi ahli sihir yang paling dasyat, jika terjadi maka jelas itu adalah mimpi di siang hari.


Dan untuk saat ini, untuk semua penghuni penghuni UiTM Dungun, selamat tinggal daku ucapkan. Jangan lupa kirimkan daku surat surat cinta yang gerimis. Semoga berjumpa lagi di musim graduasi yang akan tiba. Selama tinggal pepohon cemara, selamat tinggal tilam empuk, selamat tinggal pantai dungun,selamat tinggal abang abang kantin, selamat tinggallll semua.

perasan biar biasa biasa saja.

Hidup seperti apa saya pun tidak tahu, mahu didescribekan dengan lebih terperinci kepada semua penduduk bumi, tapi saya sendiri tidak tahu bagaimana, maaflah. Tapi kadangkala kita lupa dan terlalu banyak memberi alasan. Terlalu banyak alasan sehinggakan saya rasa tidak cukup kalau diberi satu helai kertas, tidak cukup. Tidak cukup untuk menulis segala alasan alasan yang mahu dimuntahkan dalam hati. Padahal sudah terang lagi bersuluh semua yang berlaku adalah silap diri sendiri.


Sudah jelas final exam lagi tinggal dua hari, tapi masih lagi berkesempatan untuk berhibur di disko, berfoya foya menari sehingga lupa dunia.

"hek eleh, nak buat exam tak bagi gap langsung. mana ada masa nak study brooo." kadangkala bila benda ni berlaku, kita sering menuding jari pada orang lain. Fenomena biasa manusia.


Artikel ditulis bukan untuk siapa siapa. Muhasabah untuk diri sendiri.

because no one know what it is.

Melihat ratu cantik menari nari di bawah hujan bukan lagi menjadi satu kegembiraan. Melukis kartun kartun hot tidak lagi memberi daya sensitiviti yang tinggi pada hati. Melihat makanan makanan yang lazat tidak lagi memberi daya tarikan yang sensual pada lidah. Kritikalnya tampak seperti aku memiliki tekanan mental.


Theraphist, please i need you.