suram di tahun baru

tahun dua ribu tiga belas jauh telah jauh meninggalkan diri. meninggalkan setiap kata yang tidak pernah terucap. meninggalkan setiap kekesalan yang tidak pernah terzahir. dan seiring waktu berlalu meninggalkan, entah sudah berapa juta kali jam berdetik untuk menyedarkan jiwa dari kekesalan, entah sudah berapa kali langit menyaksikan bagaimana awan mual memuntahkan hujan ke bumi. mungkin ini yang membawa kita ke tahun dua ribu enam belas. tahun baru yang berginjak tidak banyak yang berubah. bunga yang kuning tetap kuning. daun yang hijau tetap segar menghijau. kenapa dan mengapa, biar dia saja yang tahu.

sudah lama rasanya

seperti iklan cadboury milk chocolate, hargai setiap saat-saat indah bersama. tapi kadang-kadang tak semua saat-saat indah akan menjadi milik kita. pahit itu pun kadang-kadang perlu. bukan untuk menyiksa sensor-sensor bagi merasa akan pahitnya ia, tapi bagi menyedarkan bahawa dunia ini juga perlu ada pahit  dan dunia juga perlu ada manis. itulah pahit manis kehidupan.




tin kosong

tahun dua ribu tiga belas membawa seribu cerita dan membawa seribu kebahagiaan pada diri hati sendiri. ya, mungkin dalam kebahagiaan terpalit sedikit rasa. rasa yang aku definate kan ia sebagai kesal. ada sedikit kekesalan bergumpal di dalam hati. dan bila aku kata sedikit, bukan bermaksud aku menyesal untuk peratus yang tinggi dari seratus. tapi hanya sedikit, sedikit saja. mungkin kalau kau bagi aku nombor untuk aku rate peratus kekesalan aku ini, aku akan bagi empat puluh.

banyak yang ingin aku ceritakan. tapi bila aku diam, seperti berjelaga bila aku sendiri.
maaflah, terlalu rare untuk aku ceritakan.

resah sampai tidak terasa oleh tapak kaki betapa kuatnya bumi bergoncang, betapa lajunya bukit bakau berpusing. tidak, tidak terasa semuanya. tidak tahu bagaimana mahu mengungkapkan apa yang ada di dalam hati. tuhan, tolong tunjukkan jalan terbaik untuk ku. tentang semua hal yang aku ragui.